Thursday, October 19, 2006
terima kasih atas mengakuanmu yang jujur itu..Ia amat jujur tapi sayang, kau mengambil masa yang terlalu panjang untuk mengaku.. Itupun kalau aku yang memulakan pengakuanku yang tidak seberat pengakuanmu... Hati bagaikan dihancur lumatkan...sakitnya hanya Tuhan yang tahu.. Bantal dibanjiri air suam yang tiba2 mengalir keluar dari mataku yang kuyu.. Bukan nak berkira atau mengungkit, tapi fikirlah sayang... Tidakku sangka, perkara yang cuba ku elakkan dari kotak fikiranku, kini telah terjadi... Aku boleh memaafkan kesilapanmu yang bagi ramai amat berat untuk dimaafkan, Tetapi aku tidak boleh melupakannya sama skali.. mungkin boleh, insyallah, aku hanya memerlukan masa.. Aku tidak menyalahkan dirimu... Diriku yang terlalu yakin.. Hingga tersilap untuk menilai tahap kesabaran diriku ini... Mungkin diri ini terlalu menyayangi dirimu hingga ku lupa akan perasaan hatimu... Aku tahu bahawa hatimu tidak sepenuhnya berdegup namaku.. Aku tidak ambil hati kerna aku mengerti akan isi hatimu yang sebenar... Tetapi sayang ingatlah... Aku ini bukan bahan ketika kau sunyi and sepi.. Aku tidak mahu menjadi talam yang bermuka-muka dihadapanmu.. Aku ingin berterus-terang tentang perasaanku tanpa mengetepikan perasaanmu.. Kini aku tidak ingin pisang berbuah lagi, kerana jika ia berbuah, aku terpaksa menebang seluruh pokoknya... Katakanlah kau ingin jujur dan menyayangiku... Tidak mungkin terjadi...haiizz.. Aku ini hanya insan biasa sepertimu yang selalu melakarkan fantasi hidup... Tapi apabila sesuatu yang dirancang terjadi, lakaran musnah dengan sekelip mata... Aku masih menyayangi dirimu seperti dulu malah tanpa ku duga, aku menyayangimu lebih.. Aku hanya mahu keadaan berubah menjadi indah... Ingat sayang, jika bunga disebelah taman telah menabat hatimu dengan kewangian dan kecantikkannya, Pergilah.. Tetapi jika kau masih belum puas dengan bunga yang ada ditangan, jagalah dan siramilah bungamu dengan kasih sayang yang sepenuhnya.. AKU MASIH MENYAYANGI DIRIMU...PERCAYALAH.... |