Photobucket

Saturday, September 30, 2006
Pelbagai soalan bermain di kotak fikirannya..
Insan itu keliru akan apa yang sebenar dimahu dan diinginkan?
Insan itu hanya mahu difahami,dihormati, sedikit kehormatan dan peluang..
Insan itu hairan mengapa dirinya tidak dihormati dan diberi ruang sedangkan mereka dapat apa yang mereka mahu...
Ada pepatah yang berbunyi, " Apa jua kesalahan yang pernah kita lakukan dahulu, akan suatu hari terjadi kepada kita pula"..
Adakala dirinya percaya akan pepatah itu, adakalanya tidak…
Tapi insan itu nampak akan kesalahan yang telah kembali, di sekelilingnya, tapi tidak ingin bersuara..
Bukan kesalahan dirinya, tetapi kesalahan mereka..
Mereka yang tidak memahami dirinya itu..
Dunianya seperti tiada tempat mengadu , tempat bergantung harapan…
Insan itu hanya ada si Dia yang telah mencuri hatinya..
Insan itu hanya berharap bahwa si pemilik hatinya itu dapat bersabar..
Bersabar dengan segala dugaan daripada mereka...
Insan itu tidak mahu si Dia berputus asa terhadap dirinya…
Insan itu mahu si Dia terus-terusan mencintai insan itu..
Insan itu berdoa agar mereka dapat berubah hati
Dan memberi dirinya dan si pemilik hatinya itu peluang...
insyallah....


insan itu amat merindui si pemilik hatinya...